26
Mei
08

Rendang ?…Renang .. ? Redang..

15th May 2008

iklan di hadapan plaza tol Karak yang berbunyi Jom ke Pantai Timur hanya 2 jam aja..telah mempengaruhi kami untuk pergi Pulau yang terletak di Pantai Timur, setelah mendapat laporan daripada ejen yang dihantar kesana beberapa bulan yang lalu , kami memutuskan akan berkampung di situ selama 3 hari 2 malam.Menaikki Bas di Stesen Putra , mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan melalui highway karak dan jalan yang berliku-liku untuk sampai ke Kuala Terengganu Bus Station. Dijangka sampai pada pukul 6 am 16th May 2008.

16th May 2008

Sampai di Kuala Terengganu Bus Stand , Kupih ejen kami di Pulau Redang blum sampai lagi, kami menuju ke surau dan dan menunaikan solat subuh dahulu. Keluar aja dari surau saudara Fifian menunjukkan teka-teki Pulau Kapas..kalau betul dapat RM 30 begini bunyi dia ” Pulau kapas ? A- sejuk B- Tak Sejuk C-Panas ” . itu la teka-teki Pulau Kapas Yang agak terkenal di bazaar di Kuala Terengganu Bus Station.

Dari jauh kelihatan kepala botak si Kupih , datang dgn abang Van.Semua pakat masuk dalam van dan meluncur laju ke pengkalan untuk berlepas ke Pulau Redang. Di pertengahan jalan singgah breakfast dulu , pekena nasi kerabu dan nasi lauk , kedai yang best dgn hidangan yang enak serta dihidangkan semua air suam secara percuma .

Jetty Mereng

kami sampai dalam pukul 8 ada dua jam lagi sebelum bot sampai untuk membawa kami ke Pulau Redang, sesambil itu layan dulu shoot bot-bot Nelayan di Jetty Mereng ni.

Pukul 10 bot yang dijanjikan sampai, kami pun bertolak ke Pulau Redang dan perjalanan mengambil masa dalam 45 minit .

Pulau Redang

sampai aja di Redang Holiday sarang Maksiat , kami disambut dengan pasir pantai yang memutih dan air laut yang jernih menghijau. WOW rendang , renang, redang itu aja yang terpacul di mulut. Di kaunter kami disambut dengan welcoming drink yang sungguh enak , Air oren ..perghhhh memang enak tak terkata rasanya.Pergi ke chalet dan berehat seketika.

Petang itu kami tak snorkeling , jalan-jalan keliling pulau menikmati keindahan pantai dan pasir yang memutih.kelihatan ramai pelancong kebanyakkan dari china datang ke Pulau ini , bikini ? itu sudah macam pakaian rasmi disini, menyusur pantai dan merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan sungguh mengasyikkan.

kami menyusuri pantai Pulau Redang sehingga terjumpa satu pantai yang mengalami kemusnahan terumbu karangnya , kami sudah kepenatan , jalan pulang ke chalet tidak dapat dipastikan , kami terus berjalan dan berjumpa dengan satu chalet , aji bertanya ” akak long beach ikut jalan mana kak?” akak tue bertanya : ” nie dari mana ?” aji : ” dari long beach…….!!” . akhirnya kami menjumpai jalan pulang ke chalet.

muka penat lepas sesat..terima kasih kpd Aji

kami melakukan aktiviti bebas ada yang terus mandi laut , ada yang nak main bola tampar , ada yang balik chalet dan ada yang sekodeng awek-awek berbikini di pantai.

Malam menjelma , lepas makan malam , ada yang main UNO ada yang layan PSP dan ada yang sebok ajak gi disko.Tapi semua pakat tidur awal malam tue , esok nak snorkeling alasannya.

17th May 2008

lepas breakfast semua pakat standby dengan life jacket dgn google , kamera aku simpan di chalet , cuma dome bawa kamera under water.Sebelum bot sampai main ombak dulu dan test drive life jacket.

imej daripada dome

snorkeling pertama di marine park , banyak betul ikan ,pantang nampak roti ada aja ikan .Menurut penerangan daripada abang yang bawak bot dan pelampung , kawasan ini dipanggil Pulau Pinang . Dan antara tarikan utama di kawasan tersebut ada coral besar dengan ikan kerapu yang besar berada di dalamnya. Aku yang tak reti berenang hanya snorkeling di tepian kali aja…takut LEMAS oo..sebelum balik abang bawa pelampung offer aku untuk tunjuk ikan kerapu..dia suh aku gayut kat pelampung dia heret ke tengah laut , dapat juga melihat kerapu tersebut , memang besar. selain itu gamat juga sempat aku pegang.

imej daripada dome

lepas snorkeling bot bawak kami balik , lepas makan tengah hari pergi lagi snorkeling tempat lain , naik bot yang sama bot nelayan.Snorkeling tempat ke 2 ni aku lagi takut nak turun memang dalam , jadi aku lepak atas bot aja la sambil sembang dgn awak-awak bot , disatu sudut ada cina dah mabuk laut..terbongkang dia , jgn muntah atas bot udah.Aktiviti snorkeling habis kira-kira pukul 4 pm . Sempat lagi untuk kami menikmati sunset di Pulau Redang.

18th May 2008

seawal jam 8 am kami sudah check put daripada chalet dan bergerak menuju ke jetty di laguna redang . Bot sudah sedia menunggu untuk mengangkut kami pulang.Selamat tinggal Rendang…ehh Redang.

rombongan dari kiri : alimie, mudme, ismariza, timmy, ahmadfaizal, dome, bigbro, anden, salina, chalizee, buttet …photo by aji


7 Respon to “Rendang ?…Renang .. ? Redang..”


  1. 1 shfira
    Mei 26, 2008 at 8:27 am

    eja goggles salah…

  2. 2 shfira
    Mei 26, 2008 at 8:30 am

    tet si kaki pukui,comeiiiiiiiinye gambo pegang2 tngan tu…kaki pukui dok blakang skali nmpak…;D

  3. Mei 26, 2008 at 6:54 pm

    aku tau nape buttet takut snorkling. die ade pengalaman ‘lemas dalam beg plastik ms kck2′ hehe..

  4. Mei 27, 2008 at 4:05 am

    ‘menyusur pantai dan merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan sungguh mengasyikkan.’

    muahahaha, asyik nyer, egegege..
    tp lagi asyik gmbr dlm laut tuh, yum yum.. nak kena beli jugak nie compact camera yg leh masuk lain, layannnnn..

  5. 5 Amy
    Jun 3, 2008 at 2:21 am

    Cun lar first 5 photo. right angle and right exposure… GREAT!

  6. 6 ijan beach boy
    Julai 22, 2008 at 2:52 am

    aduhhh bestnya gi redang.. aku kepingin bangat hendak pegi aritu tapi visa daripada isteri tersayang telah disekat atas alasan ‘ANAK SAPA NAK JAGA’???? hahhahaha

  7. Mei 4, 2009 at 2:42 am

    Gambar yg cantik, mmg terpesona saya melihat keindahan Pulau Redang…
    Saya ada bercadang nak melancung ke sana…terima kasih kerana berkongsi cerita..boleh juga saya jadikan guide line saya nak ke sana…


Tinggalkan jawapan