Pasar Payang

Pasar Payang merupakan tempat yang harus dilawati pabila berkunjung ke negeri yang terkenal dengan panggilan negeri ” Penyu “ ini.

Kedudukan pasar payang yang terletak berhampiran sungai Terengganu , menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung.Kombinasi antara pasar basahnya serta bahagian membeli belah yang menjual pelbagai hasil kraftangan tempatan seperti songket serta kain batik dan pelbagai lagi kraftangan menambah daya penarik kepada pasar ini.

Ia merupakan tempat yang baik untuk membeli belah dan tempat tarikan pelancong , sepatutnya pasar payang haruslah di ubah suai untuk memenuhi keselesaan pengunjung serta para peniaga di dalam kawasan pasar payang .Semoga segala keunikan dipasar payang akan terus berkekalan dan bertambah maju.


Categories: Attractions



Pasar Payang perlu diubah suai atau dipindahkan ketempat lain. Ini memandangkan keadaan suasananya yang terlalu sempit dan terletak ditempat yang terlalu sibuk. Tiada keselesaan kepada pelawat yang datang. Keadaan ruang beli belah yang panas dan kotor.