Archive

Archive for August, 2010

Tarian Gamelan

August 25, 2010 Leave a comment

null

Sebut saja tarian gamelan kita akan membayangkan negeri Terengganu,tarian ini memang terkenal di negeri Terengganu ini.Tarian gamelan ini berasal daripada tanah Jawa, dipercayai di bawa ke Terengganu semasa pemerintahan kerajaan Sri Vijaya.Tarian ini dipersembahkan oleh penari yang berpakaian yang direka khas dengan pelbagai hiasan dan berwarna-warni.

null

Penari diiringgi oleh pukulan dan alunan muzik yang terdiri daripada metalafon,gong,gendang dan gambang.Jika kita amati muzik gamelan Melayu agak berbeza ritma iramanya berbanding dengan irama muzik gamelan Jawa.Bunyi gamelan Melayu lebih halus dan memukau jiwa.

null

Pada mulanya tarian ini hanya dipersembahkan di Istana ,tetapi sejak diperkenalkan kepada umum banyak muzik dan tarian gamelan telah diperkenalkan antaranya Lambang Sari , Perang Manggong , Timang Burung dan sebagainya.

null

Irama dan tarian gamelan masih diminati ramai dan ia turut dipersembahkan di upacara keramaian,majlis formal serta pelbagai majlis lagi.

*** untuk melihat lebih banyak gambar klik Gallery

Kedai Cenderamata di Kaki Bukit Puteri

August 16, 2010 Leave a comment

null
Di kawasan kaki Bukit Puteri terdapat kedai yang menjual cenderamata dan barang-barang kraftangan yang berasaskan kulit siput serta pelbagai lagi.Kawasan kedai itu terletak berhampiran kawasan Pusat Penerangan Pelancong.

null
Pelbagai jenis cenderahati dijual disini seperti anak patung yang berbntuk penyu , rantai kunci , fridge magnet  serta pelbagai jenis baju .Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan masih boleh untuk tawar menawar.

null
Harga barangan yang berpatutan menyebabkan gerai ini senantiasa menjadi tumpuan pengunjung baik dari dalam mahupun luar negeri.

Keropok Keping

August 16, 2010 Leave a comment

null

Selain daripada keropok lekor,salah satu lagi produk yang dihasilkan daripada ikan ialah keropok keping.Keropok keping adalah hasil daripada keropok lekor yang dihiris nipis dan dijemur sehingga kering.

null

Keropok ini tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul.Keropok keping ini perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik.Keropok keping juga dielakkan disimpan di tempat yang mempunyai bahan yang berbau kuat , bagi mengelakkan ia menyerap bau tersebut.

null

Keropok Kering yang berperisa sotong dan udang turut juga dihasilkan, dimana isi ikan akan dicampur bersama isi sotong atau udang untuk menghasilkan keropok.Keropok keping tidak dapat dimakan secara mentah berbeza dengan keropok lekor kerana ia keras dan liat,cara menyediakannya ialah dengan mengorengnya dahulu sebelum dihidangkan.Keropok ini amat enak dimakan dengan sos cili.

Bot Penambang

August 15, 2010 Leave a comment

null
Bot penambang merupakan salah satu sistem pengangkutan yang biasa bagi penduduk di sepanjang Sungai Terengganu.

Walaupun terdapat kemudahan Jambatan dibina untuk menghubungkan pulau-pulau yang terdapat di sepanjang Sungai Terengganu namun kebanyakkan penduduk memilih perkhidmatan bot tambang sebagai pengangkutan alternatif.

Tambang yang dikenakan berpatutan seperti daripada Seberang Takir ke Pasar Payang hanya dikenakan tambang RM 1 dan untuk menyusuri Sungai Terengganu dikenakan bayaran RM 40 /jam untuk satu bot.

RUIC 2010 Prize ceremony

August 15, 2010 Leave a comment

null

Pada 30 Julai bertempat di PWTC berlangsung RUIC (Redang Underwater Island Challenge)  prize ceremony.Majlis diadakan sempena Malaysia International Dive Exhibition yang turut berlangsung di PWTC.

null

Yang Berbahagia Dato’ Dr Ong Hong Peng turut berada di majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Menurut beliau RUIC 2010 telah mencapai objektif utamanya iaitu merakamkan keindahan dan keunikan Pulau Redang sebagai destinasi selaman dan perlancongan yang unggul di mata dunia.

null

Selain daripada Dato’ Dr Ong Hong Peng ,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib turut hadir di Majlis tersebut dan berpuas hati dengan kejayaan program RUIC 2010.

Selain daripada Majlis Penyampaian Hadiah,Coral Malaysia turut mengadakan pameran foto-foto yang dirakamkan oleh para peserta sepanjang pertandingan tersebut.

null

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.