Archive

Archive for September 20, 2010

Pantai Rantau Abang

September 20, 2010 Leave a comment

null

Rantau Abang ialah sebuah kampung kecil terletak di Terengganu,Malaysia.Walaupun sebuah kampung yang  sangat kecil, Rantau Abang  terkenal dengan Leatherback Sea Turtle atau penyu Belimbing yang selalu bertelur di sini. Setiap tahun semasa Mei hingga Ogos, penyu akan datang dan bertelur di pantai.

null

Walaupun dahulunya kawasan pantai ini mencatatkan pendaratan penyu yang tinggi,namun sekarang kadar pendaratan penyu untuk bertelur semakin berkurangan sehinggakan kadang-kadang tiada langsung pendaratan penyu ke pantai ini.Namun begitu walaupun pantai ini sudah agak sunyi dengan kunjungan sang penyu tetapi ianya tetap menjadi pilihan untuk anda berehat dan beriadah bersama keluarga.

Pantai Batu Pelanduk

September 20, 2010 Leave a comment

null

Pantai Batu Pelanduk sebuah pantai yang menarik untuk dikunjungi. Pantai ini mendapat nama daripada struktur batu yang menyerupai Pelanduk yang berada di tepi pantai ini.Terletak kira-kira 10 km dari bandar Dungun dan kira-kira beberapa kilomoter dari Rantau Abang.

null

Dengan gabungan keputihan pasir pantainya serta keunikan struktur batuan di tepi pantai dan juga lambaian pohon kelapa dan rhu membuatkan pengunjung tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan pantai serta mengamit kenangan sesiapa yang pernah singgah disini.

Teluk Bidara

September 20, 2010 Leave a comment

null

Teluk Bidara merupakan antara pantai yang terindah di sebelah Pantai Timur. Mengambil masa kira kira 2 jam melalui bandar Kerteh, Paka dan Dungun.Air laut yang biru akan menyambut kedatangan anda ke pantai,air di pantai ini sangat jernih.

null

Dihadapan anda akan kelihatan pulau tenggol dan Nyireh yang terkenal sebagai tempat selaman.Airnya yang jernih dan tenang sesuai bagi pengunjung untuk berenang.Suasana yang cantik,damai dan tenteram bagaikan sebuah mimpi yang indah.Di penghujung pesisiran pantai ini terdapat sebuah gua dimana pengunjung boleh masuk kedalamnya dan keluar ke bahagian lain pantai.Pengunjung juga buleh memanjat batu untuk melihat pemandangan pantai yang lebih indah.

Kampung La Hot Spring

September 20, 2010 Leave a comment

null

Kolam Air Panas La menjadi antara daya tarikan utama para pengunjung ke Besut.Ramai pengunjung yang datang untuk menikmati dan merasai kehangatan air panas yang mengalir dari celah batu ini.Menurut beberapa orang penduduk di sini, air panas yang keluar dari celah batu ini mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.

null

Justeru, ada kalangan para pelancong yang mengalami masalah kulit datang ke sini untuk mencuba sendiri kemujaraban air panas Kampung La. Ada di antara mereka yang mandi atau berendam di dalam kolam disediakan atau sekadar merendamkan kaki bagi merasai kehangatan air panas Kampung La.Segala kemudahan prasarana untuk para pelancong turut disediakan. Di antaranya, adalah tandas awam, gerai makan, pondok istirehat dan banyak lagi.

Hutan Lipur Lata Tembakah

September 20, 2010 Leave a comment

null

Hutan Lipur Lata Tembakah juga merupakan antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan ia terletak kira-kira 12 kilometer dari Kampung La. Hutan Lipur Lata Tembakah merupakan jenis hutan Dipterokarp Bukit dan ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Pelagat, Besut. Paling menarik di hutan lipur ini terdapat tujuh peringkat air terjun dan peringkat tertinggi adalah setinggi 50 meter.Selain itu, ada juga beberapa buah jeram dan kolam mandi yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda.Keindahan flora dan fauna di hutan lipur ini juga merupakan salah satu faktor tarikan yang menjadikan ia sebuah lokasi yang strategik untuk dilawati. Mula dimajukan pada tahun 1987, kawasan hutan lipur seluas 300 hektar ini berjaya menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang menghijau dan masih terpelihara di samping air sungainya yang bersih dan jernih. Para pengunjung yang ingin menikmati keindahan semula jadi hutan di sini secara lebih dekat bolehlah berjalan kaki melalui denai-denai yang disediakan.

null

Hutan Lipur Lata Tembakah juga mempunyai kemudahan chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki sebagai kemudahan para pengunjung. Suasana sekelilingnya yang nyaman dan tenang pasti memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini. Maka itu, setiap orang bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan kawasan hutan lipur ini sentiasa terjaga dan terpelihara.Selain boleh menarik lebih ramai pelancong luar datang, kewujudan lokasi seumpama ini merupakan salah satu harta alam yang perlu dihargai dan dimanfaatkan bersama.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.