
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial,dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Terkenal sebagai perkampungan nelayan maka perusahaan ikan kering adalah sinonim dengan seberang takir ini,penghasilan produk produk berasaskan ikan merupakan produk utama kampung ini.

Ikan-ikan segar yang baru tiba akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum direndam dengan air garam,ikan direndam dengan air garam selama satu hari.Sebelum ia dijemurkan dibawah sinaran matahari sehingga kering.barulah ikan-ikan yang dijemur ini dikutip untuk dipasarkan.

Selalunya ikan kering dipasarkan di pasar payang.Para pengunjung juga boleh membeli terus dengan pengusaha ikan kering disini.Mungkin sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana ikan kering dihasilkan, ambillah peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

Kampung cina yang terletak di kawasan bersejarah di Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai sebahagian artifak sejarah yang harus dikekalkan.Melalui kerajaan negeri,majlis pembandaran serta persatuan penduduk kaum cina Terengganu telah melakukan kerja pemuliharaan kesan sejarah di Kampung Cina ini.

Bersiar-siar sepanjang Kampung Cina akan membuatkan kita berasa seperti kita telah kembali ke zaman silam.Dua barisan rumah kedai dengan binaan 1800s menyambut kedatangan anda dengan pelbagai lorong-lorong yang unik seperti Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee dan Lorong Kenangan.Kebanyakan Cina dalam Cina Kampung ialah keturunan peneroka terawal di kawasan Terengganu ini.Ini buleh dibuktikan dengan melihat papan tanda pada kedai dimana ia menunjukkan kebanyakkan daripada keluarga-keluarga ini masih tinggal di sini.Masyarakat cina di sini sudah sebati dengan cara hidup orang melayu dimana mereka disini juga fasih berbahasa melayu loghat terengganu,mereka juga sering mamakai kain sarung serta memakan makanan melayu.

Bagi para pengunjung ke negeri Terengganu jangan lupa masukkan lawatan ke Kampung Cina sebagai agenda wajib anda.

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Terdapat 21 replika monumen dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal.Dibina ikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal.Dome of The Rock di Baitulmaqdis antara yang menjadi tumpuan Mercu tanda utama TTI adalah Masjid Kristal yang dibina sepenuhnya menggunakan kaca dan besi keluli.Terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.Zon awam meliputi Konvensyen Center, Jeti Tok Ku Paloh, Restoran dan Medan Selera, Warrior Park dan penginapan.Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tti.com.my

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.Keunikan seni bina Masjid Kristal pasti akan mengamit para pengunjung untuk mengunjungi masjid ini.
Recent Comments