Songket Terengganu

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak.Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.

Motif yang digunakan untuk menenun songket adalah diilhamkan daripada alam semulajadi seperti motif tumbuh-tumbuhan,motif binatang,motif alam,motif kuih.Manakala corak untuk songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh,susunan bunga berterabur dan susunan bercorak.Terdapat lapan proses untuk menghasilkan sehelai kain songket ini adalah termasuk proses mencelup benang,melerai benang,menganeng benang,menggulung,menyapuk benang,mengarak benang,menyongket benang serta menenun , jadi tidak hairanlah jika ia mengambil masa untuk menyiapkan sehelai kain songket.

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya.Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin,perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.



Selamat maju jaya dari kami di TTDI.. Jangan lupa jemput ke TTDI apabila lapang.. moga bertemu lagi..
ikhlas dari kami di TTDI : http://tourismterengganudaruliman.blogspot.com