Arkib Pengarang untuk buttet

07
Okt
08

MicroPoll : dimana kita nak buat parti cit cat pada tahun ini ? – COPY

04
Jun
08

Ubah Cara Hidup????

pak lah ” harga minyak kita masih yang terendah di rantau ini “

” Dulu harga minyak OK sehingga lah saya menjadi PM hihihihihihihihihi (gelak ala haji bakhil) ..Ini adalah hadiah dari saya kerna percayakan kepimpinan saya..harga minyak yang baru RM 2.70 amacam best tak???????? hihihihihihihih”

28
Mei
08

COMING SOON – Fadzil & Shida

Tahniah kepada PIE aka Fadzil diatas majlis perkahwinan yang berjalan lancar dgn satu lafaz, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dengan pasangannya Shida , diharap lepas ini dapat kita pergi memancing atau bermain Futsal seperti selalu hhehehhehehe…

26
Mei
08

Rendang ?…Renang .. ? Redang..

15th May 2008

iklan di hadapan plaza tol Karak yang berbunyi Jom ke Pantai Timur hanya 2 jam aja..telah mempengaruhi kami untuk pergi Pulau yang terletak di Pantai Timur, setelah mendapat laporan daripada ejen yang dihantar kesana beberapa bulan yang lalu , kami memutuskan akan berkampung di situ selama 3 hari 2 malam.Menaikki Bas di Stesen Putra , mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan melalui highway karak dan jalan yang berliku-liku untuk sampai ke Kuala Terengganu Bus Station. Dijangka sampai pada pukul 6 am 16th May 2008.

16th May 2008

Sampai di Kuala Terengganu Bus Stand , Kupih ejen kami di Pulau Redang blum sampai lagi, kami menuju ke surau dan dan menunaikan solat subuh dahulu. Keluar aja dari surau saudara Fifian menunjukkan teka-teki Pulau Kapas..kalau betul dapat RM 30 begini bunyi dia ” Pulau kapas ? A- sejuk B- Tak Sejuk C-Panas ” . itu la teka-teki Pulau Kapas Yang agak terkenal di bazaar di Kuala Terengganu Bus Station.

Dari jauh kelihatan kepala botak si Kupih , datang dgn abang Van.Semua pakat masuk dalam van dan meluncur laju ke pengkalan untuk berlepas ke Pulau Redang. Di pertengahan jalan singgah breakfast dulu , pekena nasi kerabu dan nasi lauk , kedai yang best dgn hidangan yang enak serta dihidangkan semua air suam secara percuma .

Terus membaca ‘Rendang ?…Renang .. ? Redang..’

13
Mei
08

Prebet Lapok

Ditengah rimba yang menebal kelihatan segerombolan gerilla sedang beratur dan berkumpul , dari pelbagai susur galur mereka berkumpul untuk menunaikan misi mereka membebaskan kampung chemomoi dari di belenggu kuasa jahat Adnan Yaakob (bukan nama sebenar ) yang rakus mencuri balak, ayam, lembu,kerbau dan pelbagai lagi di kampung tersebut.

Sebanyak 15 gerilla dan gurillas (gerila pompuan) telah berkumpul untuk sesi tempur yang ganas dan merbahaya..aksie seakan medan pertempuran sebenar dengan effect asap lungguk sampah yang memenuhi ruang latihan.

Diharap selepas ini akan ada lagi latihan seperti ini untuk memantapkan perjuangan Gerila Bukit Idan dalam memperjuangkan nasib penduduk kampung Cemomoi daerah Triang.

Hidup Papedommmm………

aminmet : kalau peluru habis kita buleh isi air sirap dalam bekas ini..
cobain : saya nak buh air oren bang ..
nasz : air tembikai susu pun best ni…

ini adalah rakaman video sembelih tawanan perang

Terus membaca ‘Prebet Lapok’

25
Sep
06

berpuasa dengan Sabar berbuka dgn NAFSU

Hari nie hari pertama berpuasa, Bebudak NeTS mengharungginya dengan sabar , PC hanya beralun lagu-lagu nasyid tidak seperti dahulu yang mengalunkan lagu-lagu barat…aktiviti pun tidak serakus dengan aktiviti sebelum bulan puasa menjelma..Ikram datang Fahmi datang…berbincang nak berbuka puasa dimana? Tetiba mulut nie gatai sebut perkataan AYAM…haaaa Hartz Chicken Buffet akhirnya menjadi pilihan..masa berbuka memang dah xmengambarkan sifat sopan dan sabar semasa menempuh puasa pada siang hari nie….ramai pengunjung berbisik sesama mereka ” Anak sapa nie eiiii “…tapi bebudak nie rakus dan mengikut hawa nafsu masing-masing…perkataan tidak dapat mengambarkan bagaimana kerakusan mereka tapi gambar dibawah nie mungkin dapat menolong…..

rakus dan gelojoh

nie muka dah kenyang nie