Archive

Archive for the ‘Beaches’ Category

Pantai Mangkok

September 28, 2010 Leave a comment

null

Terletak berhampiran pantai penarik , pantai mangkok juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Bagi mereka yang minat memancing, sungai berhampiran selalu menjadi tumpuan kaki pancing.

null

Jangan lupa untuk menikmati suasana matahari terbit dan terbenam disini.Ini adalah antara keunikan pantai Mangkok yang jarang di ketahui ramai. Bila anda merancang bercuti ke Terengganu pastikan Pantai Mangkok disenaraikan didalam tempat yang perlu anda lawati di Terengganu. Nikmati keindahan pantainya bersama lambaian daun-daun kelapa. Anda pasti akan merasakan ketenangan bila berada disini.

Pantai Rantau Abang

September 20, 2010 Leave a comment

null

Rantau Abang ialah sebuah kampung kecil terletak di Terengganu,Malaysia.Walaupun sebuah kampung yang  sangat kecil, Rantau Abang  terkenal dengan Leatherback Sea Turtle atau penyu Belimbing yang selalu bertelur di sini. Setiap tahun semasa Mei hingga Ogos, penyu akan datang dan bertelur di pantai.

null

Walaupun dahulunya kawasan pantai ini mencatatkan pendaratan penyu yang tinggi,namun sekarang kadar pendaratan penyu untuk bertelur semakin berkurangan sehinggakan kadang-kadang tiada langsung pendaratan penyu ke pantai ini.Namun begitu walaupun pantai ini sudah agak sunyi dengan kunjungan sang penyu tetapi ianya tetap menjadi pilihan untuk anda berehat dan beriadah bersama keluarga.

Pantai Batu Pelanduk

September 20, 2010 Leave a comment

null

Pantai Batu Pelanduk sebuah pantai yang menarik untuk dikunjungi. Pantai ini mendapat nama daripada struktur batu yang menyerupai Pelanduk yang berada di tepi pantai ini.Terletak kira-kira 10 km dari bandar Dungun dan kira-kira beberapa kilomoter dari Rantau Abang.

null

Dengan gabungan keputihan pasir pantainya serta keunikan struktur batuan di tepi pantai dan juga lambaian pohon kelapa dan rhu membuatkan pengunjung tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan pantai serta mengamit kenangan sesiapa yang pernah singgah disini.

Teluk Bidara

September 20, 2010 Leave a comment

null

Teluk Bidara merupakan antara pantai yang terindah di sebelah Pantai Timur. Mengambil masa kira kira 2 jam melalui bandar Kerteh, Paka dan Dungun.Air laut yang biru akan menyambut kedatangan anda ke pantai,air di pantai ini sangat jernih.

null

Dihadapan anda akan kelihatan pulau tenggol dan Nyireh yang terkenal sebagai tempat selaman.Airnya yang jernih dan tenang sesuai bagi pengunjung untuk berenang.Suasana yang cantik,damai dan tenteram bagaikan sebuah mimpi yang indah.Di penghujung pesisiran pantai ini terdapat sebuah gua dimana pengunjung boleh masuk kedalamnya dan keluar ke bahagian lain pantai.Pengunjung juga buleh memanjat batu untuk melihat pemandangan pantai yang lebih indah.

Tanjung jara

September 20, 2010 Leave a comment

null

Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, kehijauan flora dan fauna serta produk keropok lekor, malah turut terkenal dengan keindahan pantainya. Salah satu pantai yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ialah Tanjong Jara yang terletak kira-kira 69 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.

null

Pantainya yang putih dan air laut yang jernih menjadi daya tarikan utama di Tanjong Jara. Keriangan anak-anak kecil berkelah bersama keluarga adalah sesuatu yang lumrah di sini..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.