
Pada 30 Julai bertempat di PWTC berlangsung RUIC (Redang Underwater Island Challenge) prize ceremony.Majlis diadakan sempena Malaysia International Dive Exhibition yang turut berlangsung di PWTC.

Yang Berbahagia Dato’ Dr Ong Hong Peng turut berada di majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Menurut beliau RUIC 2010 telah mencapai objektif utamanya iaitu merakamkan keindahan dan keunikan Pulau Redang sebagai destinasi selaman dan perlancongan yang unggul di mata dunia.

Selain daripada Dato’ Dr Ong Hong Peng ,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib turut hadir di Majlis tersebut dan berpuas hati dengan kejayaan program RUIC 2010.
Selain daripada Majlis Penyampaian Hadiah,Coral Malaysia turut mengadakan pameran foto-foto yang dirakamkan oleh para peserta sepanjang pertandingan tersebut.


Redang Underwater Challenge (RUC) merupakan kesinambungan daripada program Terengganu Go Green Seashutterbugs 2008 dan Perhentian Underwater Challenge 2009 yang ketika itu diadakan di Pulau Perhentian.Acara ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Land photography dan Underwater photography.


Diadakan selama 3 hari iaitu pada 14,15 serta 16 July lalu di Pulau Redang.Acara ini dirasmikan oleh Datuk Zaabar Mohd Adib yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan ,Kebudayaan dan Warisan Negeri Terengganu . Acara dirasmikan dengan simbolik membebaskan anak penyu ke laut di kawasan Taman Laut Pulau Redang.

Pelbagai gambar landskap dan under water telah dirakamkan oleh semua para peserta RUC kali ini.Semoga acara seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan supaya pelbagai gambar menarik dapat dirakamkan dan akan menjadi tarikan pelancong untuk mengunjunggi Terengganu.

Festival Gamelan sedunia 2010 telah diadakan selama 3 hari bermula 23 Julai 2010 di Dataran ShahBandar Kuala Terengganu.

Festival yang disertai oleh pengiat muzik gamelan daripada dalam dan luar negara seperti daripada Bali,Solo,Jepun dan United Kingdom.Bengkel mengenai muzik gamelan juga turut diadakan untuk memberi pendedahan dan pengenalan mengenai muzik gamelan itu sendiri.


Persembahan yang mantap dan menarik dipersembahkan oleh para peserta telah memberikan pandangan dan persepsi yang baru mengenai muzik Gamelan kepada penonton.

Salah satu usaha yang bagus untuk memartabatkan dan mengekalkan muzik gamelan kepada generasi yang baru supaya ia kekal di masa akan datang.
Recent Comments