
Kampung cina yang terletak di kawasan bersejarah di Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai sebahagian artifak sejarah yang harus dikekalkan.Melalui kerajaan negeri,majlis pembandaran serta persatuan penduduk kaum cina Terengganu telah melakukan kerja pemuliharaan kesan sejarah di Kampung Cina ini.

Bersiar-siar sepanjang Kampung Cina akan membuatkan kita berasa seperti kita telah kembali ke zaman silam.Dua barisan rumah kedai dengan binaan 1800s menyambut kedatangan anda dengan pelbagai lorong-lorong yang unik seperti Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee dan Lorong Kenangan.Kebanyakan Cina dalam Cina Kampung ialah keturunan peneroka terawal di kawasan Terengganu ini.Ini buleh dibuktikan dengan melihat papan tanda pada kedai dimana ia menunjukkan kebanyakkan daripada keluarga-keluarga ini masih tinggal di sini.Masyarakat cina di sini sudah sebati dengan cara hidup orang melayu dimana mereka disini juga fasih berbahasa melayu loghat terengganu,mereka juga sering mamakai kain sarung serta memakan makanan melayu.

Bagi para pengunjung ke negeri Terengganu jangan lupa masukkan lawatan ke Kampung Cina sebagai agenda wajib anda.

Sebuah genta iaitu loceng besar yang dibuat pada zaman pemerintahan al-Marhum Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1326H bersamaan 1908M turut berada diatas Bukit Puteri.

Tujuan genta ini untuk memberi amaran sesuatu ancaman yang melanda negeri seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta yang tiada menentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar akan menutup pintu rumah dan kedai masing-masing. Pembesar-pembesar dan semua hamba sahaya berlari menuju istana.Pada bulan puasa, genta dibunyikan menandakan telah hampir waktu berbuka.Bagi menandakan waktu bersahur pula genta dibunyikan dengan kencang dan dituruti tembakan meriam satu das.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II Bukit Puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu.Terdapat bilik batu gua dalam tanah.Ia berkemungkinan tempat menyimpan peluru dan ubat bedil pada masa dahulu.

Di sebelah atasnya terdapat kesan-kesan sebuah singgahsana raja ,digunakan sebagai tempat sultan dan pembesar-pembesarnya mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi perang dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menghadapi serangan pihak musuh.Di atas bukit ini juga terdapat sebuah tiang api atau rumah api menandakan Kuala Negeri pada kapal-kapal di laut.

Bukit Puteri yang berketinggian 208 m mempunyai pelbagai nilai sejarah.Terletak bersebelahan dengan Istana Maziah serta bazaar warisan.Bukit Puteri ini sebenarnya merupakan kubu pertahan yang telah dibina pada 1820 .

Terdapat pelbagai tinggalan sejarah diatas Bukit Puteri ini , termasuk sebuah loceng yang besar yang akan mengeluarkan bunyi amaran kepada penduduk jika berlaku sebarang kecemasan.selain itu terdapat meriam di pelbagai sudut bukit ini.Selain daripada loceng serta meriam yang terdapat diatas bukit ini, terdapat juga kawasan perkuburan ,Kubu serta rumah api diatas bukit ini.Para pengunjung yang hendak naik keatas Bukit Puteri buleh la masuk melalui pusat info perlancongan terengganu dan dikenakan bayaran sebanyak RM 1 .Bukit Puteri ini sekarang di selengarakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Bukit Besi merupakan sebuah lombong bijih besi yang telah ditutup pada 1970′s. Bekas lombong telah dipenuhi air dan membentuk tasik yang besar iaitu tasik puteri.

Menjadi tempat perlombongan besi yang terkemuka di Terengganu.Perlombongan bijih besi di Terengganu adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara.Bukit Besi masih menjadi tarikan pelancong , dimana para pelancong masih dapat melihat sisa-sisa terowong, bangunan-bangunan simpanan stok, serombong-serombong kilang-kilang pemproses,kolam, kediaman pengurus dan bahagian-bahagian landasan kereta api.Para pelancong buleh mengambil bijih mentah yang belum diproses yang bertaburan di atas tanah sebagai salah satu cenderamata.Bukit Besi memberi ingatan kepada salah satu Industri melombong bijih besi yang terbesar di dunia.

Recent Comments