Songket Terengganu

September 30, 2010 4 comments

null

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak.Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.

null
Motif yang digunakan untuk menenun songket adalah diilhamkan daripada alam semulajadi seperti motif tumbuh-tumbuhan,motif binatang,motif alam,motif kuih.Manakala corak untuk songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh,susunan bunga berterabur dan susunan bercorak.Terdapat lapan proses untuk menghasilkan sehelai kain songket ini adalah termasuk proses mencelup benang,melerai benang,menganeng benang,menggulung,menyapuk benang,mengarak benang,menyongket benang serta menenun , jadi tidak hairanlah jika ia mengambil masa untuk menyiapkan sehelai kain songket.

null

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya.Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin,perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Seberang Takir – Perusahaan Keropok Lekor

September 30, 2010 1 comment

null

Jika anda ke Seberang Takir seperti tidak lengkap kunjungan anda jika tidak mengunjungi perusahaan membuat keropok lekor disini.

null

Untuk ke sini anda buleh menggunakan perkhidmatan bit penambang dengan bayaran RM 1 sehala.Daripada jeti Seberang Takir  anda hanya perlu jalan sedikit untuk sampai ke bengkel pembuatan keropok lekor.Pabila menghampiri bengkel anda akan merasakan bahang daripada air panas yang digunakan untuk merebus keropok.Di sini anda akan dapat lihat ramai pemborong sudah sedia menanti untuk mengambil keropok untuk dipasarkan.

null

Sebelum anda pulang,belilah sedikit ole-ole daripada bengkel keropok lekor ini,anda buleh memilih samaada hendak yang basah atau yang sudah dikeringkan.

Pasar Payang – pasar kering

September 30, 2010 Leave a comment

null

Selain daripada sebagai syurga tekstil ,di tingkat bawah Pasar Payang terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu.

null

Selain daripada menjual pelbagai kuih tradisional di tingkat bawah juga ada menawarkan pelbagai hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping pelbagai perisa serta juga menjual ikan jeruk dan ikan kering.Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mencuba telur penyu , buleh di dapati di tingkat bawah pasar payang ini.Pasar Payang memang menawarkan pelbagai pilihan kepada para pengunjungnya untuk memilih.Jika berkunjung ke Terengganu jangan lupa melawat lah Pasar Payang.

null

Jeti Merang

September 30, 2010 Leave a comment

null

Merang merupakan sebuah perkampungan nelayan.Jangan anda terkeliru dengan nama marang dan merang.Merang merupakan transit kepada para pengujung untuk ke Pulau Redang,Pulau Lang Tengah.Manakala Marang pula merupakan transit kepada pengunjung yang hendak ke Pulau Kapas.

null

Merang terletak dalam daerah Setiu Terengganu dan berada 39km ke utara daripada Kuala Terengganu.Dengan pokok-pokok kelapa yang tumbuh merata-rata dan laut yang membiru serta ketenangan kampung merupakan pemandangan pertama yang akan anda lihat ketika memasuki kawasan ini.Kemudahan seperti tempat letak kereta, kedai runcit, tandas, gerai-gerai jualan terdapat disekitar kawasan jeti ini. Kebanyakan jeti adalah di buat secara individu oleh operator-operator chalet dan resort ataupun oleh pengusaha bot pelancongan. Boleh dikatakan jeti-jeti masih bersifat tradisional ,ketika hari minggu dan cuti sekolah kawasan jeti ini akan dipenuhi para pengunjung yang hendak pergi bercuti.

Categories: Landscape Tags: , , ,

Pembuatan Tembaga

September 30, 2010 1 comment

null

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia,di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah.Seni kerja tangan tembaga masih giat dijalankan terutamanya di Terengganu . Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun beberapa teknik moden digunakan.

null

Proses membuat barangan tembaga bermula dengan membuat acuan lilin,Acuan lilin yang telah keras akan dipisahkan daripada acuan utama.acuan lilin yang telah siap dicelupkan kedalam bancuhan tanah liat halus yang telah ditapis lapisan ini berfungsi untuk menyekat atau mengepung cairan tembaga supaya mengikut bentuk acuan lilin.Apabila lapisan pertama sudah cukup kering maka lapisan kedua pula akan ditampal,lapisan kedua mempunyai campuran tanah liat dan pasir kasar.Selepas lapisan kedua selesai ditampal maka lapisan ketiga pula ditampal dimana lapisan ketiga terdiri daripada bancuhan tanah liat dan sekam padi.Acuan yang benar-benar kering akan dimasukkan kedalam dapur untuk menghapuskan lilin dalam acuan.Setelah tembaga benar-benar cair proses penuagan akan dilakukan.Akhir sekali acuan tanah akan dipecahkan untuk mengeluarkan barangan tembaga.Poses terakhir adalah mengilap tembaga.Jika anda ingin melihat bagaimana proses membuat tembaga ini buleh la berkungjung ke Wanisma Craft & batik yang terletak di Ladang,Kuala Terengganu.

null

Seberang Takir- perusahaan membuat belacan

September 30, 2010 1 comment

null

Selain daripada produk ikan kering dan keropok lekor ,perusahaan belacan di Seberang Takir juga tidak kurang hebatnya.Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan.

null
Proses pembuatannya. udang dibersihkan dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam dan bahan pengawet. kisarkan belacan tersebut sehingga hancur. keluarkan dan jemurkan belacan tersebut. tambahkan sedikit tepung bagi membolehkan belacan tersebut dibentuk empat segi mahupun bulatan.Belacan yang telah kering akan dibungkus dan di bersedia untuk dipasarkan.

Satar

September 30, 2010 Leave a comment

null
Salah satu makanan tradisi yang diperbuat daripada isi ikan yang digaulkan bersama sedikit rempah dan dibungkus dengan daun pisang.Ia akan dipanggang diatas bara api sehingga isi di dalamnya kering,kesan daun pisang yang terbakar dan bercampur dengan haruman satar yang telah masak sudah cukup untuk menitiskan air liur penggemarnya serta menjadikan ia sebagai pembuka selera dan snek yang sihat untuk dimakan.

null

Categories: Food Tags: , ,