Archive

Archive for the ‘Cultural’ Category

Songket Terengganu

September 30, 2010 4 comments

null

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak.Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.

null
Motif yang digunakan untuk menenun songket adalah diilhamkan daripada alam semulajadi seperti motif tumbuh-tumbuhan,motif binatang,motif alam,motif kuih.Manakala corak untuk songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh,susunan bunga berterabur dan susunan bercorak.Terdapat lapan proses untuk menghasilkan sehelai kain songket ini adalah termasuk proses mencelup benang,melerai benang,menganeng benang,menggulung,menyapuk benang,mengarak benang,menyongket benang serta menenun , jadi tidak hairanlah jika ia mengambil masa untuk menyiapkan sehelai kain songket.

null

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya.Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin,perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Pembuatan Tembaga

September 30, 2010 1 comment

null

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia,di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah.Seni kerja tangan tembaga masih giat dijalankan terutamanya di Terengganu . Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun beberapa teknik moden digunakan.

null

Proses membuat barangan tembaga bermula dengan membuat acuan lilin,Acuan lilin yang telah keras akan dipisahkan daripada acuan utama.acuan lilin yang telah siap dicelupkan kedalam bancuhan tanah liat halus yang telah ditapis lapisan ini berfungsi untuk menyekat atau mengepung cairan tembaga supaya mengikut bentuk acuan lilin.Apabila lapisan pertama sudah cukup kering maka lapisan kedua pula akan ditampal,lapisan kedua mempunyai campuran tanah liat dan pasir kasar.Selepas lapisan kedua selesai ditampal maka lapisan ketiga pula ditampal dimana lapisan ketiga terdiri daripada bancuhan tanah liat dan sekam padi.Acuan yang benar-benar kering akan dimasukkan kedalam dapur untuk menghapuskan lilin dalam acuan.Setelah tembaga benar-benar cair proses penuagan akan dilakukan.Akhir sekali acuan tanah akan dipecahkan untuk mengeluarkan barangan tembaga.Poses terakhir adalah mengilap tembaga.Jika anda ingin melihat bagaimana proses membuat tembaga ini buleh la berkungjung ke Wanisma Craft & batik yang terletak di Ladang,Kuala Terengganu.

null

Wayang Kulit

September 21, 2010 Leave a comment

null

Wayang kulit merupakan salah satu persembahan seni yang menggunakan boneka yang dibuat daripada kulit untuk menceritakan kisah yang terdapat dalam epik Mahabharata dan Ramayana.

null

Permainan Wayang kulit ini akan dikendalikan oleh seorang tukang cerita yang dipanggil Tok Dalang.Tugas Tok Dalang ini adalah untuk menceritakan kisah yang terdapat dalam epik tersebut sambil mengendalikan patung boneka tersebut,terdapat lebih kurang 45 watak yang terdapat di dalam kisah epik tersebut.Persembahan wayang kulit ini akan diiringgi dengan persembahan alat muzik tradisional.Persembahan wayang kulit ini akan mengambil masa berjam-jam bergantung kepada kreatifnya tok dalang membawa penceritaan wayang kulit dengan pelbagai suara dan watak.Sekarang ini wayang kulit memainkan kisah yang lebih moden dan lebih mengasyikkan serta melucukan.

** credit to PeCloud for video

Pembuatan Bot Tradisional Pulau Duyong

September 21, 2010 2 comments

null

Pembuatan bot tradisional Terengganu memang terkenal dengan kemahiran dan mutu penghasilan bot.Industri pembuatan bot tradisional Terengganu banyak terdapat di Pulau Duyong.Disini terdapat ramai pengusaha pembuatan bot tradisional.

null

Pembuat bot ini terkenal dengan kemahiran mereka membuat bot tanpa memerlukan plan atau ‘blueprint’.Mereka membina bot hanya dengan berpandukan petua yang diturunkan daripada generasi kepada satu generasi untuk menghasilkan bot dengan ukuran yang tepat dan kualiti yang baik.Dengan sentuhan teknologi moden serta kemahiran yang diwarisi mereka dapat menghasilkan bot-bot yang tahan lasak untuk belayar merentas pelbagai halangan di tengah laut.Masa yang diambil untuk menyiapkan sebuah bot bergantung kepada saiz serta jenis bot yang dihasilkan.Para pengunjung buleh datang ke Pulau Duyong untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan bot tradisional di Pulau Duyong ini.

Tarian Gamelan

August 25, 2010 Leave a comment

null

Sebut saja tarian gamelan kita akan membayangkan negeri Terengganu,tarian ini memang terkenal di negeri Terengganu ini.Tarian gamelan ini berasal daripada tanah Jawa, dipercayai di bawa ke Terengganu semasa pemerintahan kerajaan Sri Vijaya.Tarian ini dipersembahkan oleh penari yang berpakaian yang direka khas dengan pelbagai hiasan dan berwarna-warni.

null

Penari diiringgi oleh pukulan dan alunan muzik yang terdiri daripada metalafon,gong,gendang dan gambang.Jika kita amati muzik gamelan Melayu agak berbeza ritma iramanya berbanding dengan irama muzik gamelan Jawa.Bunyi gamelan Melayu lebih halus dan memukau jiwa.

null

Pada mulanya tarian ini hanya dipersembahkan di Istana ,tetapi sejak diperkenalkan kepada umum banyak muzik dan tarian gamelan telah diperkenalkan antaranya Lambang Sari , Perang Manggong , Timang Burung dan sebagainya.

null

Irama dan tarian gamelan masih diminati ramai dan ia turut dipersembahkan di upacara keramaian,majlis formal serta pelbagai majlis lagi.

*** untuk melihat lebih banyak gambar klik Gallery