Archive

Archive for the ‘Islands’ Category

Pulau Lang Tengah

September 24, 2010 Leave a comment

null
Pulau Lang Tengah ialah satu daripada pulau-pulau di Terengganu. Ia satu pulau kecil terletak antara Pulau terkenal Redang and Pulau Perhentian.

null

Untuk pergi ke pulau ini, anda perlu ambil bot Jeti Merang, yang jauhnya ialah kira-kira 24 km jauh dari pulau. Perkhidmatan bot biasanya adalah disediakan oleh resort melalui tempahan awal .Bagaimanapun , perkhidmatan bot boleh juga didapati dengan mengguanakan kemudahan ejen tempatan yang berada di jeti. Perjalanan mengambil masa  kira-kira 30 hingga 40 minit dan ia boleh jadi satu perjalanan yang mengujakan apabila ombak secara berterusan memukul bot dan membuatkan bot beralun.Bagi mereka yang mungkin mengalami mabuk laut dinasihatkan untuk ambil beberapa pil sebelum bertolak.

null

Resort yang ada di pulau ini adalah terhad, dinasihatkan para pengunjung membuat tempahan awal untuk mengelakkan semua resort yang ada telah penuh.

Taman Laut Pulau Redang

September 21, 2010 Leave a comment

null

Taman Laut Pulau Redang telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah taman laut yang terindah di Malaysia dan mempunyai tempat selaman dan snorkeling yang terbaik.

null

Mempunyai segala kemudahan seperti cafeteria, mini museum , tapak perkhemahan, surau, tandas serta pelbagai kemudahan awam ,ia seakan mengamit para pengunjung untuk tidak melepaskan peluang untuk ber snorkel dan memberi ikan batu karang dengan tangan sendiri.

null
null

Para pengunjung dikenakan bayaran sebanyak rm 5 untuk urusan pemuliharaan taman laut ini.Para pengunjung dinasihatkan tidak memijak batu karang di taman laut ini untuk memastikan keindahan dan keunikan taman laut pulau redang ini terpelihara.

pulau kapas

September 16, 2010 Leave a comment

null

Terletak 6 km dari pinggir pantai marang ,Pulau Kapas merupakan pulau perangginan yang terletak dekatdengan tanah besar Terengganu.terkenal dengan air lautnya yang jernih,pantai berpasir putih dan turumbu karang yang indah.

null

Keindahan terumbu karangnya menarik minat penyelam skuba untuk mengunjungi pulau ini.Para pengunjung yang Tidak meminati selaman skuba buleh mencuba snokel aktiviti snokel di pulau ini.dengan kepelbagaian hidupan laut ia merupakan pulau yang wajib dikunjungi untuk menikmati keindahannya.

null

Terdapat pelbagai resort yang buleh dipilih jika ingin menginap di Pulau Kapas .Resort-resort ini menawarkan pelbagai pakej yang menarik merangkumi penginapan , pakej snokel atau selaman dan makanan.Perjalanan ke Pulau ini hanya mengambil masa selama 10-20 minit dengan manaikki bot dari jeti Marang.

Pulau Perhentian

September 10, 2010 Leave a comment

null

Umum mengetahui, Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin yang masih cantik dan terpelihara menjadikan ia antara destinasi pelancongan di pulau yang terbaik di Malaysia.

null

Seiring dengan keindahan pulau itu sendiri,ia juga turut popular dengan aktiviti-aktiviti seperti bersnorkel, menaiki bot, perkhemahan dan melihat penyu bertelur. Ia juga turut menjadi tumpuan pelancong yang ingin melakukan aktiviti menyelam skuba melalui sijil bertauliah yang diiktiraf di peringkat dunia sahaja.Keaslian dan keindahan alam semula jadi di lautan dan daratan yang masih lagi belum terjejas , pasir dan beberapa gua batu, bukit hutan dan tumbuhan semula jadi di sekitar pulau juga turut menjadikan ia sebagai tempat tarikan pelancongan. Aktiviti seperti jungle tracking dan juga penyelidikan tumbuhan semula jadi juga boleh dilakukan di Pulau Perhentian.

null

Bagi mereka yang berminat dan ingin menghabiskan masa di Pulau Perhentian, terdapat lebih kurang 1,000 bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan resort.Pilih sahaja daripada yang bertaraf pusat peranginan mewah, chalet bertaraf sederhana dan rendah, dorm serta tapak perkhemahan turut disediakan di sini.

Pulau Sekati Kuala Terengganu

July 16, 2010 Leave a comment

null

Pulau sekati , Kuala Terengganu kawasan yang agak tersembunyi ..merupakan kawasan kampung yang unik..Berhampiran dgn muzium negeri Kuala Terengganu.Ia bagaikan sebuah kampung tradisional melayu yang terakhir.

Rumah-rumahnya berbentuk rumah melayu tradisional.Dipenuhi pelbagai pokok buah-buahan seperti duku , nibong dan mempelam.Ia ibarat syurga bagi pengemar fotografi ..kalau bernasib baik kita sempat memotret budak-budak mandi sungai, ia seperti kembali kepada 50 tahun lampau.