Archive

Posts Tagged ‘Malaysia’

Gunung Tebu

September 29, 2010 Leave a comment

null

Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.

null

Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki Gunung Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.

Kampung Cina

September 28, 2010 Leave a comment

null

Kampung cina yang terletak di kawasan bersejarah di Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai sebahagian artifak sejarah yang harus dikekalkan.Melalui kerajaan negeri,majlis pembandaran serta persatuan penduduk kaum cina Terengganu telah melakukan kerja pemuliharaan kesan sejarah di Kampung Cina ini.

null

Bersiar-siar sepanjang Kampung Cina akan membuatkan kita berasa seperti kita telah kembali ke zaman silam.Dua barisan rumah kedai dengan binaan 1800s menyambut kedatangan anda dengan pelbagai lorong-lorong yang unik seperti Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee dan Lorong Kenangan.Kebanyakan Cina dalam Cina Kampung ialah keturunan peneroka terawal di kawasan Terengganu ini.Ini buleh dibuktikan dengan melihat papan tanda pada kedai dimana ia menunjukkan kebanyakkan daripada keluarga-keluarga ini masih tinggal di sini.Masyarakat cina di sini sudah sebati dengan cara hidup orang melayu dimana mereka disini juga fasih berbahasa melayu loghat terengganu,mereka juga sering mamakai kain sarung serta memakan makanan melayu.

null

Bagi para pengunjung ke negeri Terengganu jangan lupa masukkan lawatan ke Kampung Cina sebagai agenda wajib anda.

Taman Tamadun Islam

September 28, 2010 Leave a comment

null

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

null

Terdapat 21 replika monumen dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal.Dibina ikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal.Dome of The Rock di Baitulmaqdis antara yang menjadi tumpuan Mercu tanda utama TTI adalah Masjid Kristal yang dibina sepenuhnya menggunakan kaca dan besi keluli.Terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.Zon awam meliputi Konvensyen Center, Jeti Tok Ku Paloh, Restoran dan Medan Selera, Warrior Park dan penginapan.Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.tti.com.my

Masjid Kristal

September 28, 2010 Leave a comment

null

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

null

Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.Keunikan seni bina Masjid Kristal pasti akan mengamit para pengunjung untuk mengunjungi masjid ini.

Terengganu River cruise

September 28, 2010 Leave a comment

null

Jika anda berada dalam Terengganu dan masih mempunyai kelapangan,apakata anda mencuba menyusuri sungai Terengganu.Menyusuri sungai yang menawarkan kedamaian alam, banggunan-banggunan moden serta penempatan kampung nelayan tradisional sepanjang anda menyusuri sungai ini.

null

Untuk mendapatkan perkhidamatan menyusuri sungai Terengganu , pelancong buleh pergi ke jeti Seberang Takir dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan menyusuri sungai Terengganu ini dengan harga rm 40 untuk satu bot.Pelancong berpeluang merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu dan menikmati keindahan serta kedamaian alam.selain menjanjikan pengalaman indah, pakej perahu menyusur sungai itu juga secara tidak langsung boleh mendedahkan pelancong dengan budaya dan cara hidup penduduk di negeri ini khususnya kehidupan golongan nelayan yang menjadi identiti atau simbol kebanggaan masyarakat setempat.Pengalaman menyusuri Sungai terengganu memang satu pengalaman yang unik dan wajib bagi setiap pengunjung ke Terengganu mencubanya.