Home > Attractions, historical > Kampung Cina

Kampung Cina

null

Kampung cina yang terletak di kawasan bersejarah di Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai sebahagian artifak sejarah yang harus dikekalkan.Melalui kerajaan negeri,majlis pembandaran serta persatuan penduduk kaum cina Terengganu telah melakukan kerja pemuliharaan kesan sejarah di Kampung Cina ini.

null

Bersiar-siar sepanjang Kampung Cina akan membuatkan kita berasa seperti kita telah kembali ke zaman silam.Dua barisan rumah kedai dengan binaan 1800s menyambut kedatangan anda dengan pelbagai lorong-lorong yang unik seperti Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee dan Lorong Kenangan.Kebanyakan Cina dalam Cina Kampung ialah keturunan peneroka terawal di kawasan Terengganu ini.Ini buleh dibuktikan dengan melihat papan tanda pada kedai dimana ia menunjukkan kebanyakkan daripada keluarga-keluarga ini masih tinggal di sini.Masyarakat cina di sini sudah sebati dengan cara hidup orang melayu dimana mereka disini juga fasih berbahasa melayu loghat terengganu,mereka juga sering mamakai kain sarung serta memakan makanan melayu.

null

Bagi para pengunjung ke negeri Terengganu jangan lupa masukkan lawatan ke Kampung Cina sebagai agenda wajib anda.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment