Archive

Archive for the ‘Food’ Category

Satar

September 30, 2010 Leave a comment

null
Salah satu makanan tradisi yang diperbuat daripada isi ikan yang digaulkan bersama sedikit rempah dan dibungkus dengan daun pisang.Ia akan dipanggang diatas bara api sehingga isi di dalamnya kering,kesan daun pisang yang terbakar dan bercampur dengan haruman satar yang telah masak sudah cukup untuk menitiskan air liur penggemarnya serta menjadikan ia sebagai pembuka selera dan snek yang sihat untuk dimakan.

null

Categories: Food Tags: , ,

Lompat Tikam

September 29, 2010 Leave a comment

null

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.Kuih ini menjadi semakin popular ketika bulan ramadhan dan biasanya terdapat dijual di kebanyakan bazar-bazar ramadhan seluruh negeri.Oleh kerana rasanya kuahnya agak manis jadi kuih ini sesuai di makan bersama air batu kosong atau ais kosong.

Nekbat

September 29, 2010 Leave a comment

null

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Categories: Food Tags: , ,

Akok

September 28, 2010 Leave a comment

null

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat.

null

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial,dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Ketupat Sotong

September 23, 2010 Leave a comment

null

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri. Mungkin mereka yang tidak pernah menikmati makanan itu berasa pelik kerana sotong disumbat dengan beras pulut dan rasanya agak manis.Rahsia keenakan ketupat sotong pula terletak kepada keunikan cara masakannya bersama santan pekat dan gula Melaka atau manisan

Categories: Food Tags: , ,