Archive

Archive for the ‘Food’ Category

Nasi Dagang

September 22, 2010 Leave a comment

null

Nasi Dagang merupakan salah satu masakan yang wajib anda mencubanya jika berkunjung ke Terengganu.Nasi ini disediakan dengan mencampurkan beras dan pulut dan dimasak bersama.Santan kelapa ditambah kedalam masakan untuk menimbulkan rasa lemak.Selalunya nasi dagang ini akan dihidangkan bersama dengan gulai ikan kayu serta acar timun untuk memberikan gandingan yang menyelerakan.

cek mek molek

September 16, 2010 Leave a comment

null

Cek mek molek merupakan sejenis kueh yang dibuat daripada ubi keledek yang direbus dan dilenyek serta dicampur dengan tepung gandum sebagai adunan.Gula sebagai intinya dan kemudian digoreng.kuih ini dinamakan cek mek molek kerana bentuknya yang bujur dan licin.

null

Kuih ini selalunya dijadikan juadah untuk minuman petang.Ia dibuat dan dijual seluruh Malaysia dan tak perlu ditempah lebih awal jika anda ingin menikmatinya.Berhati-hati pabila memakan kueh iniketika panas inti gulanya mudah memancut atau tertumpah.

laksa Terengganu

September 10, 2010 Leave a comment

null

Laksa Terengganu merupakan antara makanan berkuah yang popular di Terengganu.Kebiasaannya laksa terengganudihidangkan bersama dengan 2 jenis kuah,iaitu  iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya tidaktahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak di hidangkan.

null

Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang dicampur dengan air panas sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning.
Categories: Food Tags: , , , ,

Keropok Keping

August 16, 2010 Leave a comment

null

Selain daripada keropok lekor,salah satu lagi produk yang dihasilkan daripada ikan ialah keropok keping.Keropok keping adalah hasil daripada keropok lekor yang dihiris nipis dan dijemur sehingga kering.

null

Keropok ini tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul.Keropok keping ini perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik.Keropok keping juga dielakkan disimpan di tempat yang mempunyai bahan yang berbau kuat , bagi mengelakkan ia menyerap bau tersebut.

null

Keropok Kering yang berperisa sotong dan udang turut juga dihasilkan, dimana isi ikan akan dicampur bersama isi sotong atau udang untuk menghasilkan keropok.Keropok keping tidak dapat dimakan secara mentah berbeza dengan keropok lekor kerana ia keras dan liat,cara menyediakannya ialah dengan mengorengnya dahulu sebelum dihidangkan.Keropok ini amat enak dimakan dengan sos cili.

Bronok

August 7, 2010 Leave a comment

null
Bronok merupakan salah satu kuih tradisi Melayu.Ia juga dikenali sebagai bronok sagu.Kuih ini dibuat daripada sagu biji atau lebih dikenali sebagai sagu mata ikan.

null

Sagu ini akan dimasak sehingga kembang sebelum dimasukkan pewarna merah,kemudian ia akan disejukkan dan dipotong sebelum digaul dengan parutan kelapa yang telah digaulkan dengan garam.

Categories: Food Tags: , , , ,