Archive

Posts Tagged ‘Malaysia’

kampung nelayan Seberang Takir

September 28, 2010 Leave a comment

null

Kampung nelayan yang terletak berhampiran Kuala Terengganu Jeti,Jika anda ingin melihat wanita bekerja di kedai atau di dalam rumah, ini lah tempat yang patut anda kunjunggi.Untuk ke kampung ini buleh menggunakan perkhidmatan bot penambang.Dengan bayaran rm 1 sehala.

null

Dari percetakan batik, keropok lekor dan pembuatan keropok udang, mengeringkan ikan semua dibuat di sini. Anda boleh juga melihat nelayan-nelayan naik ke darat dengan hasil tangkapan mereka pada awal pagi atau waktu lewat senja.

Bukit Puteri-genta

September 28, 2010 Leave a comment

null
Sebuah genta iaitu loceng besar yang dibuat pada zaman pemerintahan al-Marhum Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1326H bersamaan 1908M turut berada diatas Bukit Puteri.

null

Tujuan genta ini untuk memberi amaran sesuatu ancaman yang melanda negeri seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta yang tiada menentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar akan menutup pintu rumah dan kedai masing-masing. Pembesar-pembesar dan semua hamba sahaya berlari menuju istana.Pada bulan puasa, genta dibunyikan menandakan telah hampir waktu berbuka.Bagi menandakan waktu bersahur pula genta dibunyikan dengan kencang dan dituruti tembakan meriam satu das.

Santuari Penyu

September 25, 2010 Leave a comment

null

Rantau Abang di Terengganu merupakan satu daripada enam tempat-tempat di dunia di mana penyu belimbing datang bertelur setiap tahun .Bagi memelihara warisan semulajadi ini, santuari penyu telah didirikan di Rantau Abang, Setiu, Kerteh dan juga dalam Pulau Redang.

null

Kebelakangan ini santuari penyu dan tempat penetasan telah membantu untuk memberikan perlindungan kepada spesis penyu, dengan peningkatan bilangan penyu dewasa ia akan mengelakkan penyu ini dikategorikan haiwan terancam.

Pulau Lang Tengah

September 24, 2010 Leave a comment

null
Pulau Lang Tengah ialah satu daripada pulau-pulau di Terengganu. Ia satu pulau kecil terletak antara Pulau terkenal Redang and Pulau Perhentian.

null

Untuk pergi ke pulau ini, anda perlu ambil bot Jeti Merang, yang jauhnya ialah kira-kira 24 km jauh dari pulau. Perkhidmatan bot biasanya adalah disediakan oleh resort melalui tempahan awal .Bagaimanapun , perkhidmatan bot boleh juga didapati dengan mengguanakan kemudahan ejen tempatan yang berada di jeti. Perjalanan mengambil masa  kira-kira 30 hingga 40 minit dan ia boleh jadi satu perjalanan yang mengujakan apabila ombak secara berterusan memukul bot dan membuatkan bot beralun.Bagi mereka yang mungkin mengalami mabuk laut dinasihatkan untuk ambil beberapa pil sebelum bertolak.

null

Resort yang ada di pulau ini adalah terhad, dinasihatkan para pengunjung membuat tempahan awal untuk mengelakkan semua resort yang ada telah penuh.

Ketupat Sotong

September 23, 2010 Leave a comment

null

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri. Mungkin mereka yang tidak pernah menikmati makanan itu berasa pelik kerana sotong disumbat dengan beras pulut dan rasanya agak manis.Rahsia keenakan ketupat sotong pula terletak kepada keunikan cara masakannya bersama santan pekat dan gula Melaka atau manisan

Categories: Food Tags: , ,