Archive

Posts Tagged ‘kampung nelayan’

Seberang Takir – perusahaan ikan kering

September 28, 2010 1 comment

null

Terkenal sebagai perkampungan nelayan maka perusahaan ikan kering adalah sinonim dengan seberang takir ini,penghasilan produk produk berasaskan ikan merupakan produk utama kampung ini.

null

Ikan-ikan segar yang baru tiba akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum direndam dengan air garam,ikan direndam dengan air garam selama satu hari.Sebelum ia dijemurkan dibawah sinaran matahari sehingga kering.barulah ikan-ikan yang dijemur ini dikutip untuk dipasarkan.

null

Selalunya ikan kering dipasarkan di pasar payang.Para pengunjung juga boleh membeli terus dengan pengusaha ikan kering disini.Mungkin sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana ikan kering dihasilkan, ambillah peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

kampung nelayan Seberang Takir

September 28, 2010 Leave a comment

null

Kampung nelayan yang terletak berhampiran Kuala Terengganu Jeti,Jika anda ingin melihat wanita bekerja di kedai atau di dalam rumah, ini lah tempat yang patut anda kunjunggi.Untuk ke kampung ini buleh menggunakan perkhidmatan bot penambang.Dengan bayaran rm 1 sehala.

null

Dari percetakan batik, keropok lekor dan pembuatan keropok udang, mengeringkan ikan semua dibuat di sini. Anda boleh juga melihat nelayan-nelayan naik ke darat dengan hasil tangkapan mereka pada awal pagi atau waktu lewat senja.